Kursus Pra-Perkahwinan adalah syarat wajib bagi setiap pasangan Muslim di Malaysia sebelum memohon kebenaran berkahwin. Walaupun ramai menganggapnya sekadar prosedur formaliti untuk dapat sijil, sebenarnya banyak ilmu rumahtangga yang dikongsikan jika anda ambil perhatian.
Daftar Awal & Bawa Pasangan
Slot kursus kahwin (terutamanya hujung minggu) selalunya penuh, jadi daftar sekurang-kurangnya 2-3 bulan awal. Seeloknya pergi bersama pasangan anda. Selepas kursus, anda boleh berbincang semula topik-topik yang dipelajari. Ia membuka ruang diskusi tentang tanggungjawab dan hak masing-masing.
Apa yang Dipelajari?
Modul kursus merangkumi aspek ibadah, akhlak, pengurusan tekanan, pengurusan kewangan keluarga, dan prosedur penceraian/rujuk (ilmu munakahat). Bawa buku nota dan pen. Mungkin ada info-info teknikal tentang prosedur borang nikah yang anda perlu catat supaya tidak pening nanti.
Sijil Tiada Tarikh Luput
Berita baik! Sijil kursus kahwin di Malaysia tiada tarikh luput dan laku seumur hidup (selagi peraturan tak berubah). Jadi, golongan bujang (pelajar universiti contohnya) digalakkan pergi kursus awal-awal semasa ada masa lapang, walaupun calon belum nampak bayang. Bila nak kahwin nanti, satu kerja dah selesai!
EazyInvite Editor
Sharing the best tips and inspiration for your digital invitations and event planning journey.

Reader Thoughts (0)
No comments yet. Be the first to share your thoughts!