Tempoh bertunang adalah masa yang manis, tetapi ia juga boleh menjadi sangat menekan jika persiapan dilakukan di saat-saat akhir. Mempunyai garis masa (timeline) yang jelas akan membantu anda kekal tenang dan terurus. Berikut adalah panduan checklist 12 bulan menuju hari bahagia.
12-9 Bulan Sebelum: Fasa Perancangan Awal
Inilah masanya untuk menetapkan tarikh nikah dan resepsi. Bincangkan bajet keseluruhan dan mula menyimpan. Tempah venue majlis dan jurusolek (MUA) serta jurugambar kegemaran anda kerana slot mereka selalunya penuh dengan cepat. Jika perlu, hadiri kursus kahwin pada waktu ini.
8-6 Bulan Sebelum: Perincian Majlis
Pilih tema warna dan konsep majlis. Mula mencari baju pengantin—sama ada menempah baru atau menyewa. Pilih dan tempah katering selepas melakukan 'food tasting'. Jangan lupa untuk melantik pengapit (dulang boys/girls) anda.
5-3 Bulan Sebelum: Logistik & Jemputan
Selesaikan urusan borang nikah di pejabat agama. Beli cincin nikah. Finalize senarai tetamu dan mula mereka bentuk kad jemputan digital EazyInvite anda. Tempah doorgift dan homestay untuk keluarga yang datang dari jauh.
2-1 Bulan Sebelum: Sentuhan Terakhir
Edarkan kad jemputan digital. Lakukan sesi 'fitting' baju terakhir. Confirmkan menu dengan katerer. Sediakan senarai lagu untuk DJ. Yang paling penting, jaga kesihatan diri dan kulit wajah.
Dengan mengikuti checklist ini, anda dapat mengelakkan kelam-kabut di saat akhir dan benar-benar menikmati perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan anda.
EazyInvite Editor
Sharing the best tips and inspiration for your digital invitations and event planning journey.




Reader Thoughts (0)
No comments yet. Be the first to share your thoughts!